LONDON: Sebuah keluarga Pakistan beragama Islam berasa kecewa apabila dihidangkan dengan burger daging babi semasa menjalani tempoh kuarantin di United Kingdom (UK).
Lapor Arab News, keluarga tersebut yang baru tiba di negara itu perlu membayar sebanyak 4,025 pound (RM23,056) untuk penginapan di hotel tersebut.
Naheeda Khan menyifatkan penginapan di hotel tersebut sebagai sebuah mimpi ngeri dan makanannya sangat teruk.
“Makanan yang dihidangkan sejuk dan tidak mempunyai rasa langsung serta sangat sukar untuk dimakan.
“Pihak hotel menghidangkan kami burger daging dan paninis (sandwich) babi yang tidak boleh dimakan kerana kami adalah Islam. Anak-anak saya hanya makan bijirin,” katanya.
Langkah kawalan sejak 15 Februari lalu memerlukan semua ketibaan pelawat ke negara itu yang melakukan perjalanan dari senarai negara merah menjalani kuarantin selama 10 hari.