Kedutaan Myanmar di UK ‘dirampas’ - Utusan Malaysia

Kedutaan Myanmar di UK ‘dirampas’

KYAW ZWAR MINN berdiri di luar bangunan Kedutaan Myanmar di London yang telah dikunci. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Duta Besar Myanmar ke United Kingdom (UK) mendakwa seorang pegawai yang mempunyai kaitan dengan junta tentera, bertindak `merampas’ bangunan kedutaan itu dan melarang beliau daripada memasukinya. 

Kejadian itu berlaku dalam keadaan diplomatik yang luar biasa selepas wakil Myanmar di UK menggesa junta tentera membebaskan pejuang demokrasi, Aung San Suu Kyi. 

Penunjuk perasaan berkumpul di luar bangunan kedutaan di kawasan kejiranan Mayfair di London dengan Duta Besar Myanmar, Kyaw Zwar Minn mendakwa beliau tidak dibenarkan masuk ke premis tersebut.

Ketika ditanya mengenai identiti individu berada dalam bangunan tersebut, Zwar Minn memaklumkan bahawa seorang pegawai pertahanan yang merampas kedutaannya.  

“Saya akan kekal berada di luar bangunan ini walaupun terpaksa mengambil masa sepanjang hari dengan menjelaskan bahawa ini adalah kedutaan saya,” katanya kepada AFP.

Konflik di Myanmar tercetus sejak junta tentera menggulingkan Suu Kyi pada 1 Februari lalu dengan hampir 600 orang terbunuh dalam tindakan kekerasan yang dilakukan pasukan keselamatan negara itu.

Terdahulu, junta tentera memanggil semula Zwar Minn pada bulan lalu selepas beliau mengeluarkan kenyataan mendesak pembebasan Suu Kyi dan Presiden Win Myint.   

Sementara itu, Britain menerusi menteri luarnya, Dominic Raab menyelar insiden yang berlaku di kedutaan Myanmar di sini.

Raab melalui Twitter menyifatkan kejadian itu sebagai buli dan menzahirkan sokongan berterusan kepada usaha menamatkan rampasan kuasa di Myanmar.

“Saya ingin beri penghormatan terhadap keberanian Zwar Minn yang berdepan dengan situasi itu dan Britain akan terus menyokong usaha menamatkan rampasan kuasa di Myanmar,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya