Kebenaran pelawat antarabangsa tidak termasuk 20 negara - Utusan Malaysia

Kebenaran pelawat antarabangsa tidak termasuk 20 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Arab Saudi memaklumkan keputusan menyambung semula penerbangan antarabangsa pada 17 Mei depan tidak terpakai kepada 20 negara yang sudah dilarang memasuki negara itu sejak awal Februari lalu. 

“Selamat datang kepada tetamu kami. Penangguhan semua penerbangan antarabangsa akan ditarik semula bermula pada pukul 1 pagi, 17 Mei. 

“Namun, ia tidak terpakai kepada negara yang sudah dilarang pihak berkuasa sejak pandemik Covid-19 melanda dunia,” kata syarikat pengangkutan negara itu. 

Menteri Dalam Negeri sebelum ini memaklumkan larangan kemasukan ekspatriat dari 20 negara ke Arab Saudi sebagai sebahagian daripada usaha membendung penularan wabak bermula 3 Februari lalu. 

Bagaimanapun, larangan itu memberikan pengecualian kepada rakyat Arab Saudi termasuk diplomat asing, petugas kesihatan dan keluarga mereka. 

Negara yang dilarang daripada memasuki Arab Saudi adalah Argentina, Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Indonesia, India, Jepun, Ireland, Itali, Pakistan, Brazil, Portugal, United Kingdom, Turki, Afrika Selatan, Sweden, Perancis, Lubnan dan Mesir. 

Larangan itu termasuk kepada individu dari negara lain yang pernah mengunjungi mana-mana 20 negara itu semasa 14 hari permohonan memasuki Arab Saudi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya