Kawasan rumah jadi parkir ratusan e-skuter - Utusan Malaysia

Kawasan rumah jadi parkir ratusan e-skuter

LEBIH 100 e-skuter ditinggalkan di luar rumah Shane Clarke di Bristol. - SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang warga emas terkejut selepas menemukan lebih 100 buah skuter elektronik atau e-skuter yang ditinggalkan di luar rumahnya di Bristol pada hujung minggu lalu.

Lapor Metro, pada mulanya, Shane Clarke, 60, mendapati hanya beberapa buah e-skuter diletakkan di luar hartanahnya pada Jumaat lalu.

Namun, pada keesokan hari, keluarga Clarke dikejutkan dengan sejumlah besar e-skuter ditinggalkan di depan rumah mereka setelah kawasan itu dijadikan sebagai ‘tempat letak kenderaan rasmi’ oleh Majlis Perbandaran Bristol.  

Menurut pesara pengamal perubatan itu, dia perasaan penduduk sudah lama parkir skuter Voi mereka di luar rumahnya di Elm Lane. 

Clarke mengesyaki tindakan itu mungkin disebabkan beberapa tempat letak kenderaan dikeluarkan daripada senarai ditetapkan dalam aplikasi parkir.

Jelasnya, situasi itu menyebabkan luar rumahnya ditimbuni e-skuter kerana ia merupakan satu-satunya tempat meletak kenderaan itu di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, isteri Clarke memberitahu pengguna skuter juga sering mengotori kawasan rumahnya dengan membuang sampah merata-rata.

Selepas aduan dibuat, kesemua e-skuter tersebut sudah dipindahkan dari rumah suami isteri berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya