Kasut Kanye West dilelong RM7.37 juta - Utusan Malaysia

Kasut Kanye West dilelong RM7.37 juta

PROTOTAIP kasut Nike Air Yeezy 1s yang dipakai oleh Kanye West berjaya dijual pada harga AS$1.8 juta (RM7.37 juta) dalam satu acara lelongan. - SOTHEBY'S
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sepasang kasut prototaip jenama Nike yang dipakai oleh penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (AS), Kanye West berjaya memecahkan rekod jualan tertinggi bagi kasut dalam satu acara lelongan.

Kasut itu dipakai oleh West ketika membuat persembahan lagu Hey Mama dan Stronger dalam majlis Anugerah Grammy 2008.

Lapor The Guardian, agensi lelongan, Sotheby’s mengumumkan bahawa kasut Nike Air Yeezy 1s itu berjaya dijual pada harga AS$1.8 juta (RM7.37 juta) dalam acara lelong tertutup.

Kasut itu diperoleh oleh Rares iaitu sebuah platform pelaburan bagi kasut kasual.

Jualan itu secara tidak langsung menandakan harga tertinggi bagi sepasang kasut yang mencecah AS$1 juta.  

Kasut bersaiz 12 yang direka oleh West dan Mark Smith itu diperbuat daripada kulit lembut dengan perincian di bahagian atas dan tumit berjenama Swoosh.  

Harga jualan itu mencecah hampir tiga kali lebih tinggi berbanding rekod lelongan dicatatkan sebelum ini bagi sepasang kasut kasual.  

Kasut itu mengatasi rekod sepasang kasut Nike Air Jordan 1s yang dipakai oleh Michael Jordan yang dijual pada harga AS$615,000 (RM2.5 juta).   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya