Kanak-kanak maut makan sate dipercayai diletak racun - Utusan Malaysia

Kanak-kanak maut makan sate dipercayai diletak racun

BANDIMAN menunjukkn gambar anaknya, Naba Faiz Prasetya yang meninggal dunia selepas makan satay di Bantul, Yogyakarta, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun meninggal dunia selepas makan sate yang dipercayai diletak racun di Bantul, Yogyakarta.

Kejadian bermula ketika bapanya, Bandiman, 36, yang merupakan penghantar makanan dalam talian menerima panggilan telefon dari seorang wanita yang memintanya menghantar makanan tanpa menggunakan aplikasi pesanan.

Bandiman bersetuju membantu wanita tersebut malah dia diberi bayaran tambahan untuk menghantar makanan itu kepada seorang seorang lelaki bernama Tomy.

Ketika sampai di rumah Tomy, lelaki itu tiada di rumah kerana mempunyai urusan kerja di luar bandar dan menyuruh Bandiman membawa balik sate tersebut untuk dimakan bersama keluarganya.

Sehubungan itu, Bandiman membawa pulang sate tersebut dan dinikmati sebagai juadah berbuka puasa bersama isteri serta dua anaknya.

Bandiman dan anaknya makan sate itu tanpa kuah, tetapi isteri dan anaknya yang meninggal dunia mencampurkan kuah ke atas sate berkenaan.

Sejurus itu isteri dan anaknya muntah serta pengsan dan mereka dibawa ke hospital.

Dalam pada itu, polis memaklumkan pihaknya belum menerima laporan perubatan untuk memastikan sama ada sate berkenaan diletak racun atau tidak.

Jurucakap polis, Suyanto berkata, ujian makmal perlu dilakukan, selain polis meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya