Junta Myanmar mula tangkap selebriti - Utusan Malaysia

Junta Myanmar mula tangkap selebriti

PAING Thokan ditahan tentera Myanmar kerana didakwa mengkritik rampasan kuasa yang berlaku. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Seorang selebriti terkenal Myanmar yang menyokong penunjuk perasaan menolak rampasan kuasa oleh junta tentera ditahan hari ini.

Paaing Takhon, 24, yang merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model lantang menyuarakan kritikan terhadap pergolakan politik yang berlaku di negara ini menerusi media sosial.

Menurut kakaknya, kira-kira 50 anggota tentera yang menaiki lapan trak datang menahan Takhon di rumah ibu mereka di Dagon Utara di Yangon awal pagi ini.

“Mereka menahan adik saya secara tenang memandangkan dia sedang sakit, namun kami tidak tahu ke mana mereka bawa adik saya,” kata Thi Thi Lwin.

Sementara itu, pihak berkuasa Myanmar mengeluarkan senarai yang mengandungi nama 120 selebriti yang dikehendaki kerana didakwa menyebarkan propaganda menentang junta.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara selama tiga tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya