`Junta Myanmar mahu gunting telinga saya' - mangsa - Utusan Malaysia

`Junta Myanmar mahu gunting telinga saya’ – mangsa

BELAKANG badan mangsa lelaki dipenuhi calar balar akibat dipukul dengan kabel wayar selepas dibebaskan junta tentera. -CNN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Beberapa rakyat Myanmar mendedahkan mereka menjadi mangsa kekejaman dan penderaan oleh junta tentera yang menyeksa tahanan tanpa sekelumit  perikemanusiaan. 

Nasib itu dialami oleh seorang kanak-kanak berusia 19 tahun apabila matanya membengkak dan tidak dapat dibuka dengan baik.

Wajahnya pula dipenuhi lebam besar, malah, tentera memukul mereka berulang kali dengan kabel eletrik.   

“Mereka pukul saya dengan kabel wayar dan menggunakan kabel lebih besar dan mengikatnya dengan dua wayar kabel menjadikannya lebih besar. 

“Kami dipaksa berlutut dan mereka meninju serta menendang tanpa perasaan. Saya menjerit kesakitan. Lebih baik mereka bunuh saya daripada seksa seperti ini kerana sangat menyakitkan,” luahnya.  

Remaja itu melakukan perjalanan semula ke Yangon dari Bago serta melalui sekatan pihak tentera, 9 April lalu. 

“Saya terpaksa memandu sangat jauh dan hari sama menyaksikan jumlah peserta protes paling ramai terkorban dengan 80 orang mati di kawasan bandar. 

Dia merupakan antara 4,400 individu yang ditahan junta tentera sejak rampasan kuasa di negara itu, 1 Februari lalu. 

Bulan lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun menjadi mangsa terbaharu kekejaman tentera Myanmar apabila maut ditembak pasukan keselamatan di Mandalay. 

Remaja yang enggan dikenali itu menceritakan bagaimana pihak askar menyelongkar beg dan telefon bimbitnya sehingga menemui gambarnya dengan perisai semasa aksi tunjuk perasaan. 

Dia dibawa ke kem askar dengan tangan berikat dan berulang kali dibelasah oleh pihak berkuasa menggunakan kabel, bongkah senjata dan botol kaca. 

“Komander mengikat tangan saya dari belakang dan menggunakan gunting kecil untuk memotong telinga saya, hujung hidung dan tekak. 

“Pihak tentera memukul kepala saya dengan botol kaca, mengacah saya dengan senjata tetapi peluru tidak keluar. Kemudian, mereka membiarkan askar lain membelasah saya sehingga waktu malam,” luahnya. -CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya