Junta Myanmar dera tahanan? - Utusan Malaysia

Junta Myanmar dera tahanan?

IMEJ enam tahanan yang didakwa didera pasukan tentera Myanmar. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Sebuah kumpulan pemantau di Myanmar menggesa komuniti antarabangsa mengambil tindakan tegas selepas junta tentera negara ini menyiarkan imej enam tahanan yang dipercayai didera.

Berdasarkan gambar yang disiarkan MRTV, terdapat kesan lebam serta darah pada keenam-enam tahanan yang merupakan empat lelaki dan dua wanita.

Seorang daripada tahanan wanita itu juga mengalami bengkak pada rahang mulut dan mata lebam.

Persatuan Bantuan Tahanan Politik Myanmar (AAPP) menerusi Twitter menyatakan imej itu jelas menunjukkan junta tentera mendera dan menggunakan kekerasan terhadap tahanan.

“Sekiranya komuniti antarabangsa tidak bertindak segera, penderaan dan kematian akan beeterusan,” jelas persatuan tersebut.

Menurut AAPP, pasukan keselamatan Myanmar setakat ini sudah membunuh kira-kira 737 penunjuk perasaan sejak Februari lalu dan menahan 3,299 orang di seluruh negara.

Keenam-enam individu itu ditahan semalam di Yankin di pinggir Yangon selepas didakwa terlibat dalam insiden pengeboman di luar pejabat kerajaan Yankin kelmarin.

Insiden itu menyebabkan tiga anggota tentera cedera. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya