LEMBATA: Jumlah penduduk yang terkorban akibat bencana banjir dan tanah runtuh di Indonesia dan Timor Leste meningkat kepada 113 orang dengan puluhan lagi hilang.
Sekurang-kurangnya 86 orang maut di Indonesia dengan 71 hilang, manakala 27 terkorban di Timor Leste.
Di daerah Flores Timur, operasi mencari dan mengeluarkan mayat mangsa yang tertimbus lumpur tebal masih berlangsung dan angka korban dijangka meningkat.
Agensi bencana Indonesia meramalkan Taufan Seroja yang membadai Indonesia dan Timor Leste semalam menyebabkan hujan lebat turun selama beberapa hari akan datang, selain laut bergelora. – AFP