Jokowi pun tak balik kampung - Utusan Malaysia

Jokowi pun tak balik kampung

JOKO Widodo berbual dengan seorang kanak-kanak ketika melawat mangsa banjir di Lembata, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) tidak akan pulang beraya ke kampung halaman selepas kerajaan memutuskan larangan ‘mudik’ bermula 6 hingga 17 Mei ini bagi mengekang jangkitan Covid-19.

Menurut jurucakap Jokwoi, Fadjroel Rachman, selain Jokowi, timbalannya, Ma’ruf Amin dan semua anggota Kabinet juga tidak akan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

“Semua menteri termasuk Presiden tidak akan pulang ke kampung, mereka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di kediaman masing-masing.

“Jika Presiden dan semua menteri tidak pulang beraya, diharap rakyat juga melakukan perkara yang sama agar wabak Covid-19 di negara kita semakin terkawal dan pulih,” katanya kepada Tribunnews.

Dalam pada itu, Fadjroel memaklumkan dia juga sudah membatalkan tiket penerbangan untuk pulang beraya ke Kalimantan Selatan.

Katanya, dia dan keluarga perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Saya juga tidak akan pulang ke kampung, malah saya dan isteri tidak akan balik ke rumah mertua di Bandung,” ujarnya.

Terdahulu, Jokowi menyampaikan ucapan mengenai larangan balik ke kampung untuk menyambut Aidilfitri termasuk menganjurkan rumah terbuka.

Beliau mengingatkan semua penduduk supaya sentiasa mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan bagi mengawal Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya