Jokowi bantu isteri suspek pengganas - Utusan Malaysia

Jokowi bantu isteri suspek pengganas

KETUA Polis Sukabumi, Lukman Syarif menyampaikan bantuan yang diberikan Joko Widodo kepada seorang wanita di Bojonggenteng, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUKABUMI: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menyampaikan bantuan kepada seorang wanita yang merupakan isteri kepada seorang suspek pengganas menerusi Ketua Polis Sukabumi, Lukman Syarif.

Bantuan itu diserahkan kepada wanita dengan inisial S itu di rumah sewanya di Kampung Limbangan, Desa Cibodas, Daerah Bojonggenteng.

Lukman berkata, pemberian bantuan tersebut dilakukan selepas kisah mengenai kesusahan wanita tersebut bersama anaknya tular dalam media secara dalam talian.

“Selepas suaminya ditahan pasukan anti pengganas Densus 88, S perlu menanggung semua perbelanjaan rumah termasuk komitmen bank.

“Kisah wanita itu sampai ke pengetahuan Jokowi dan beliau menghulurkan bantuan untuk meringankan bebannya,” ujarnya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Dalam pada itu, S mengucapkan terima kasih kepada Jokowi kerana sudi membantunya biarpun suaminya menjadi suspek pengganas.

“Terima kasih bapak Presiden kerana sudi membantu saya dan anak. Saya sangat menghargai bantuan yang diberikan kerana dapat mengurangkan beban yang ditanggung selama ini,” jelas wanita itu.

Sementara itu, S dan suaminya dilaporkan sudah berkahwin hampir dua tahun dan pasangan itu dikurniakan seorang anak yang kini berusia tiga bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya