Jokowi bakal rombak Kabinet Indonesia ? - Utusan Malaysia

Jokowi bakal rombak Kabinet Indonesia ?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Isu rombakan kabinet Indonesia kembali bertiup kencang selepas dua kementerian iaitu Kementerian Penyelidikan dan Teknologi (Kemenristek) serta Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan (Kemendikbud) bergabung.  

Lapor Kompas.com, desas desus itu semakin kuat apabila jangkaan kekosongan dua menteri baharu bakal diganti serta kementerian baharu iaitu Kementerian Pelaburan bakal ditubuhkan. 

Jurucakap bagi Naib Presiden, Masduki Baidlowi berkata, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sudah menjemput Naib Presiden, Maruf Amin untuk membincangkan isu rombakan Kabinet. 

“Kedua-dua pemimpin itu sudah melakukan perbincangan, tetapi pertemuan itu lebih spesifik antara mereka berdua,” katanya. 

Sementara itu, pihak Istana mengesahkan rombakan akan berlaku dalam waktu terdekat. 

Pejabat Petugas Presiden, Ali Mochtar Ngabalin berkata, rombakan kabinet akan dilakukan minggu ini sekiranya tiada aral melintang.  

Katanya, terdapat tiga faktor yang menguatkan dakwaan Jokowi akan melakukan rombakan tersebut seperti penggabungan Kemenristek dengan Kemendikbud. 

“Faktor kedua adalah disebabkan Menteri Kemenristek, Bambang Brodjonegoro yang sudah meninggalkan kementerian itu. 

“Faktor ketiga disebabkan pihak kerajaan akan membentuk kementerian baharu iaitu Kementerian Pelaburan,” jelasnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya