Jagung, kacang soya punca harga ayam naik - Utusan Malaysia

Jagung, kacang soya punca harga ayam naik

PENINGKATAN harga ayam disebabkan harga makanan seperti jagung dan kacang soya turut mengalami kenaikan harga. -CNN Indonesia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURABAYA: Menteri Perdagangan, Muhammad Lutfi memaklumkan peningkatan harga ayam menjelang musim perayaan disebabkan peningkatan harga makanan ayam meningkat.  

Lapor CNN Indonesia, Lutfi berkata, harga jagung dan kacang soya juga mengalami peningkatan. 

Beliau juga mengira peningkatan harga makanan dan harga ayam yang dijual di pasar. 

“Harga daging ayam meningkat kerana harga jagung hari ini juga bertambah. Jadi, saya sudah mengira semuanya yang berkaitan peningkatan ini,” katanya. 

Bagaimanapun, kata Lutfi, harga ayam di Jawa Timur masih rendah berbanding harga di tempat lain. 

“Sebagai contoh, di Bandung, harga ayam adalah 40 ribu rupiah (RM11). Sedangkan harga ayam di sini masih dalam sekitar 36,000 hingga 37,000 rupiah (RM10-10.50). Jadi, saya kira ini adalah harga paling terbaik di Indonesia,” jelasnya.  

Dalam pada itu, katanya, bekalan stok ayam semasa bulan Ramadan di seluruh Indonesia masih mencukupi sekali gus menjadikan harga masih terkawal dan berpatutan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya