Israel lakukan jenayah apartheid terhadap rakyat Palestin - HRW - Utusan Malaysia

Israel lakukan jenayah apartheid terhadap rakyat Palestin – HRW

PASUKAN keselamatan melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan Palestin dalam demonstrasi membantah peluasan penempatan Israel berhampiran kampung Beit Dajan di Tebing Barat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Human Rights Watch (HRW) menegaskan Israel melakukan jenayah apartheid dalam usaha mempertahankan `penguasaan’ Yahudi terhadap penduduk Palestin dan Arab di negara tersebut.

Bagaimanapun, Israel menafikan perkara tersebut dengan menyifatkannya sebagai tuduhan tidak berasas dan palsu.

Israel ketika ini sedang disiasat oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan melakukan jenayah perang.

Israel juga mendakwa badan pemantau yang berpusat di New York itu sudah lama mempunyai agenda anti-Israel.

Menurut HRW, penemuan bahawa Israel melakukan jenayah kemanusiaan dan penindasan terhadap penduduk Palestin berdasarkan sumber kuat termasuk beberapa maklumat perancangan kerajaan dan kenyataan dikeluarkan oleh pegawai awam.

Laporan HRW setebal 213 muka surat mendedahkan kerajaan Israel merupakan pemerintahan `kuasa tunggal’ dan mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap kawasan antara Sungai Jordan dan Laut Mediterranean.

Malah, dalam wilayah tersebut, jelas HRW, terdapat dasar-dasar kerajaan Israel untuk mengekalkan penguasaan Yahudi Israel terhadap rakyat Palestin.

Menurut badan pemantau antarabangsa itu, laporan itu juga berdasarkan layanan Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang dijajah, Semenanjung Gaza yang disekat, Baitulmuqaddis Timur dan penduduk Arab di negara tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya