Israel enggan kerjasama dengan ICC - Utusan Malaysia

Israel enggan kerjasama dengan ICC

TENTERA Israel menahan wanita Palestin yang cuba menghalang kediamannya dirobohkan di Tebing Barat pada Februari lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel secara rasmi memutuskan tidak akan bekerjasama dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk menyiasat dakwaan jenayah perang yang berlaku di wilayah Palestin.

Pada 3 Mac lalu, ketua pendakwa raya ICC memulakan siasatan penuh terhadap situasi yang  berlaku di Palestin dan tindakan itu tidak disenangi Israel yang bukan merupakan anggota ICC.

Mahkamah itu kemudiannya menghantar notis penangguhan pada 9 Mac lalu untuk memberi tempoh sebulan kepada Israel dan Palestin bagi memaklumkan kepada hakim sama ada mereka juga menyiasat perkara yang sama dengan ICC.

Menjelang berakhirnya tempoh tersebut, pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengeluarkan kenyataan memaklumkan Israel tidak akan bekerjasama dengan ICC.

Malahan, Israel juga akan menghantar surat kepada ICC untuk menolak sepenuhnya dakwaan mereka melakukan jenayah perang.

Selain itu, surat bantahan tersebut juga menegaskan ICC sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk memulakan siasatan mengenai perkara berkenaan.

“Israel komited untuk mematuhi undang-undang dan berharap ICC tidak mencabuli kedaulatan dan bidang kuasanya,” menurut kenyataan tersebut. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya