LEMBATA: Taufan Tropika Seroja membadai Indonesia dan Timor Leste hari ini selepas hujan lebat mencetuskan banjir besar di kedua-dua negara yang menyebabkan sekurang-kurangnya 91 orang terkorban dan puluhan yang lain hilang. Membawa angin kencang dan hujan lebat, Seroja memburukkan lagi bencana banjir yang berlaku, menyaksikan ribuan penduduk hilang tempat tinggal akibat kemusnahan infrastruktur. Menurut agensi bencana Indonesia, Seroja dijangka menyebabkan hujan lebat berterusan sehingga esok dan laut bergelora dengan ombak setinggi enam meter. Sebanyak 70 orang terkorban dalam bencana banjir lumpur di daerah Flores Timur di Nusa Tenggara Timur, manakala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya