Indonesia puas hati vaksin Sinovac  - Utusan Malaysia

Indonesia puas hati vaksin Sinovac 

PETUGAS kesihatan melakukan suntikan vaksin kepada penduduk di Dewan Konvensyen, Surabaya. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Indonesia dilaporkan berpuas hati dengan tahap keberkesanan vaksin Covid-19 Sinovac. 

Jurucakap bagi program vaksin Covid-19 Indonesia, Siti Nadia Tarmizi berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati vaksin China memenuhi keperluan apabila berkesan sebanyak 50 peratus. 

Jelasnya, ujian klinikal bagi vaksin Sinovac di Indonesia menunjukkan keberkesanan sebanyak 65 peratus. 

“Ini bermakna, kita bercakap tentang kemampuan menghasilkan antibodi di dalam badan masih bagus,” katanya. 

Dalam perkembangan sama, Siti Nadia berkata, Indonesia akan melihat keputusan ujian klinikal sebelum mempertimbangkan cadangan vaksin campuran. 

“Kita perlu tunggu ujian klinikal terlebih dahulu bagi memastikan idea atau inovasi mempunyai kesan yang lebih baik berbanding keadaan sekarang,” katanya. 

Pakar berpendapat vaksin campuran atau imunisasi berurutan boleh merangsang keberkesanan vaksin tersebut. 

Penyelidik di Britain membuat kajian mengenai gabungan vaksin Pfizer dan AstraZeneca. 

China menggunakan lima vaksin bagi kempen imunisasi iaitu Sinovac, Sinopharm, CanSino dan daripada pasukan Gao yang bekerjasama dengan Anhui Zhifei Longcom. 

Syarikat itu memaklumkan vaksin berkesan sebanyak 50 hingga 79 peratus. 

Berbanding vaksin Pfizer dan Moderna yang banyak digunakan di negara membangun, kajian menunjukkan keberkesanan vaksin itu adalah sebanyak 95 peratus dalam mencegah virus Covid-19. -AP 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya