Indonesia nekad keluarkan bangkai Nanggala-402 - Utusan Malaysia

Indonesia nekad keluarkan bangkai Nanggala-402

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Kerajaan Indonesia nekad untuk mengeluarkan bangkai kapal selam KRI Nanggala-402 dari dasar laut ketika keluarga anak kapal yang terkorban memberi penghormatan dalam satu majlis di sini hari ini.

Pihak berkuasa negara ini masih belum menetapkan kaedah yang bakal digunakan untuk membawa keluar kapal selam tersebut.

Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) masih menunggu ketibaan dua kapal, termasuk yang dihantar dari China dan dilengkapi dengan peralatan operasi laut dalam.

Magnet berkuasa tinggi dan belon udara merupakan antara kaedah yang akan digunakan untuk mengeluarkan bangkai kapal selam terbabit.

Namun, kerajaan Indonesia tidak memaklumkan bila operasi mengeluarkan bangkai kapal selam itu akan dilakukan.

Ketua Penerangan Angkatan Laut TNI, Yudo Margono berkata, sukar untuk memberi jangka masa bila dan bagaimana bangkai kapal selam itu akan dikeluarkan.

“Kita akan cuba mulakan operasi sebaik sahaja bantuan tiba,” katanya.

Selain itu, Yudo memaklumkan pihaknya percaya mayat kesemua 53 kru kapal selam itu masih berada di dalamnya.

Dalam pada itu, ahli keluarga anak kapal menabur bunga ke lautan sebagai memperingati kehilangann insan tersayang mereka.

Nanggala-402 dilaporkan hilang pada minggu lepas sebelum terputus hubungan dan disahkan tenggelam.

Insiden itu mengorbankan kesemua anak kapalnya. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya