India dakwa `terpantas di dunia' - Utusan Malaysia

India dakwa `terpantas di dunia’

WARGA emas menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat vaksinasi di Mumbai. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Kerajaan India mendakwa menjadi `negara paling cepat di dunia’ yang berjaya menyuntik lebih 100 juta dos suntikan vaksin Covid-19 setakat ini.

Usaha itu berjaya dilaksanakan ketika gelombang kedua pandemik Covid-19 melanda negara republik itu.

Menurut kementerian kesihatan, India berjaya mencapai jumlah itu dalam tempoh 85 hari sahaja berbanding Amerika Syarikat (AS) yang mengambil masa 89 hari dan China pula selama 102 hari.

India hari ini merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 152,879 kes dan lebih 800 kematian baharu akibat Covid-19.

Terdapat laporan mendakwa program vaksinasi Covid-19 yang dilaksanakan secara besar-besaran berdepan dengan beberapa kekangan.

Baru-baru ini, media melaporkan hampir sebahagian besar negeri di India mengalami kekurangan bekalan vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, kerajaan Persekutuan menafikan laporan tersebut dan menegaskan mempunyai 40 juta dos vaksin lagi.

Kerajaan India juga menyifatkan isu kekurangan bekalan vaksin Covid-19 itu sebagai dakwaan tidak berasas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya