JAKARTA: Keluarga Komando kapal selam KRI Nanggala-402, Harry Setiawan berharap jenazahnya dapat ditemukan.
Lapor Tribunnews, sepupu Harry, Kolonel Kicky Salvachdie berkata, ibu Harry, Ida Farida sanggup datang ke Gedangan Sidoarjo dari Depok seperti keluarga mangsa yang lain.
“Keluarga mengharapkan ‘Harry dapat ditemukan’ dan ingin jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan keluarga di Cilubang, Sukabumi.
“Arwah bapa Harry adalah bapa saudara saya yang turut dikebumikan di Cilubang,” katanya.
Harry membesar dalam keluarga tentera udara dan merupakan alumni Akademi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Akabri) 1997.
Bapa empat anak itu terkorban bersama 52 anak kapal yang lain ketika mengikuti latihan ketenteraan di dalam kapal selam KRI Nanggala-402 di perairan Bali.
Harry dikenali dengan sikap penuh dedikasi serta menjadi kebanggaan keluarganya.