Hong Kong mohon tangguh penghantaran vaksin AstraZeneca - Utusan Malaysia

Hong Kong mohon tangguh penghantaran vaksin AstraZeneca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Pihak berkuasa Hong Kong hari ini mengesahkan pihaknya mengemukakan permohonan kepada AstraZeneca supaya menangguhkan penghantaran vaksin Covid-19 keluarannya susulan pelbagai isu berkaitan kesan sampingan dan keberkesanannya mencegah varian baharu koronavirus.

Pengandali ubat-ubatan Eropah pada minggu ini menyatakan vaksin AstraZeneca boleh menyebabkan kes pembentukan darah beku yang jarang berlaku kepada sesetengah penerima, menyebabkan beberapa negara meneliti semua golongan sasar yang boleh menerima vaksin berkenaan.

Ketua Kesihatan Hong Kong, Sophia Chan berkata, mereka sudah memohon penangguhan agar bekalan vaksin tersebut tidak dihantar dalam masa terdekat.

“Kami rasa, tidak perlu untuk AstraZeneca menghantar bekalan dos vaksin seperti yang diminta Hong Kong sebelum ini.

“Keputusan itu juga dilihat sebagai langkah Hong Kong mengelakkan pembaziran vaksin yang bekalannya semakin terhad ketika ini,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya