Harry tinggal lebih lama di UK? - Utusan Malaysia

Harry tinggal lebih lama di UK?

PUTERA Harry dan isterinya, Meghan Markle ketika menghadiri Festival Muzik Mounbatten di London pada 7 Mac 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Putera Harry dijangka menangguhkan kepulangannya ke California dan akan tinggal lebih lama di United Kingdom (UK) bagi meraikan ulang tahun kelahiran nendanya, Ratu Elizabeth II.

Lapor Metro, Duke of Sussex itu dikatakan sudah membuat tempahan tiket penerbangan terbuka ke Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkan dia balik pada bila-bila masa.

Ini bermakna Harry mungkin pulang semula ke Los Angeles selepas ulang tahun kelahiran ke-95 Elizabeth yang jatuh hari ini. 

“Jika semuanya berjalan lancar, beliau mungkin boleh tinggal untuk ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth II,” kata seorang sumber kepada The Sun

Harry dilaporkan mengadakan perbincangan dengan abangnya, Putera William dan bapa mereka, Putera Charles selama dua jam selepas upacara pengebumian Putera Philip. 

Duchess of Sussex, Meghan Markle dipercayai hamil enam bulan anak kedua dan dinasihatkan oleh doktor untuk tidak melakukan perjalanan jauh bagi menghadiri majlis pengebumian Philip.

Minggu lalu, Harry tiba di London dan menjalani tempoh kuarantin sebelum menghadiri upacara pengebumian tersebut.

Beliau dilihat bercakap dengan William pada majlis pengebumian mendiang datuk mereka dan dipercayai itu merupakan perbualan pertama mereka sejak wawancara kontroversi bersama Meghan yang dihoskan oleh Oprah Winfrey.

Kedua beradik itu dikatakan bertemu bersama dengan Charles di Istana Windsor selepas liputan televisyen berakhir.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya