RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi memaklumkan hanya jemaah yang sudah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dibenarkan untuk menunaikan ibadah bermula Ramadan ini.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Umrah dan Haji menyatakan terdapat tiga kategori penerima suntikan vaksin sebelum berangkat menunaikan umrah.
“Tiga ketagori itu adalah individu penerima dua dos vaksin Covid-19, menerima dos pertama sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas dan mereka yang sudah pulih dari jangkitan,” jelas kementerian tersebut.
Namun, kementerian tersebut tidak memaklumkan sampai bila peraturan itu akan dilaksanakan atau dilanjutkan sehingga musim haji pada tahun ini.
Terdahulu, Arab saudi membenarkan individu yang belum mendapat suntikan vaksin untuk menunaikan umrah dan solat di Masjidilharam. – AFP