Hanya dua jam belajar di sekolah Jakarta - Utusan Malaysia

Hanya dua jam belajar di sekolah Jakarta

SESI persekolahan secara bersemuka yang bermula hari ini hanya dibenarkan berlangsung selama dua jam sahaja. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sesi persekolahan secara bersemuka di bandar raya ini yang bermula hari ini sehingga 29 April depan hanya dibenarkan berlangsung selama dua jam sahaja. 

Lapor Kompas.com, bilangan pelajar juga dihadkan hanya 16 orang dalam satu kelas serta dibahagikan kepada dua sesi iaitu dari pukul 7 hingga 9 pagi dan 10 hingga 12 tengah hari waktu tempatan. 

Selain itu, hanya subjek teras seperti Matematik dan Bahasa Indonesia yang diajar, manakala, mata pelajaran lain diajar secara dalam talian. 

Polisi itu selari dengan keputusan pihak kerajaan yang membenarkan sesi persekolahan berlangsung semasa pandemik Covid-19. 

Bagaimanapun, hanya sekolah terpilih di Jakarta sahaja yang dibenarkan melaksanakan sesi tersebut. 

Ketua Pendidikan II, Jakarta Tengah, Uripasih berkata, setiap sekolah mesti melalui penilaian dan memenuhi kriteria ditetapkan seperti larangan membasuh tangan di sinki. 

Katanya, pihak sekolah perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa untuk anak mereka menduduki sesi tersebut. 

“Pihak sekolah juga perlu bekerjasama dengan fasiliti kesihatan terdekat sekiranya terdapat pelajar yang sakit semasa di sekolah. 

“Sekiranya ada pelajar yang sakit, mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah, sebaliknya perlu ke hospital atau pusat kesihatan terdekat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya