Gereja di Makassar kembali dibuka - Utusan Malaysia

Gereja di Makassar kembali dibuka

ANGGOTA polis mengawal ketat lokasi pengeboman di luar sebuah gereja Katolik di Bandar Makassar, Sulawesi Selatan. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gereja Katolik yang diserang pengebom berani mati di Makassar, Sulawesi Selatan, Sabtu lalu kembali dibuka kepada penganut Kristian.

Lapor Kompas.com, fasiliti yang rosak akibat serangan pengganas mula dibaiki bagi menyambut sambutan Easter.

Paderi Gereja Katedral, Wilhelmus Tulak berkata, kerja-kerja pembaikan hanya berskala ringan kerana melibatkan pendingin hawa, tingkap kaca dan pintu di bahagian utama ledakan bom berlaku.

“Mengikut perancangan, gereja mula dibuka hari ini untuk melaksanakan sambutan Easter secara bersemuka dengan mematuhi protokol kesihatan Covid-19 serta secara dalam talian.

Mengulas mengenai langkah keselamatan, Wilhelmus berkata, pihaknya bekerjasama dengan pihak polis dan pasukan tentera bagi berhadapan sebarang ancaman keganasan susulan yang boleh berlaku.

“Kita sudah membuat penyelarasan dengan pihak polis dan tentera untuk mengawal ketat bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” jelasnya.

Sebelum ini, pihak polis mengesahkan dua pengebom berani mati adalah pasangan suami isteri yang baru berkahwin.

Suspek dipercayai merupakan anggota kumpulan militan Jamaah Ansharut Daulah (JAD).

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya