WASHINGTON: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) akan mengenakan denda sebanyak AS$31,750 (RM130,232) kepada tiga penumpang yang didakwa mengganggu penerbangan dengan mengabaikan arahan kru pesawat.
Lapor AP, setiap insiden itu melibatkan pengambilan alkohol dan kesemua penumpang itu mempunyai masa selama 30 hari untuk memberikan maklum balas terhadap surat FAA tersebut.
4 Januari lalu, seorang lelaki mabuk lalu menjerit dan memegang tangan pramugari semasa penerbangan pesawat JetBlue Airways berlepas dari Haiti ke Boston.
Kru tersebut mengarahkan penumpang berdekatan berpindah ke kerusi lain dan menghubungi pihak polis untuk ke lokasi pendaratan pesawat.
Sementara itu, FAA akan mengenakan denda berjumlah AS$16,750 (RM68,724) terhadap penumpang lain dalam penerbangan sama.
“Penumpang itu mengambil alkohol terlalu banyak di dalam pesawat serta menjerit sehingga mengeluarkan kata-kata kasar dan ingin menyerang anak kapal itu,” katanya.
FAA turut mengenakan denda sama sebanyak AS$14,500 (RM59,492) terhadap seorang lelaki, 14 Januari lalu, menerusi penerbangan SkyWest dari Yuma, Arizona ke Dallas.
Pihaknya menjelaskan penumpang itu kerap mabuk serta mengganggu penumpang lain.