Everest lapor kes pertama Covid-19 - Utusan Malaysia

Everest lapor kes pertama Covid-19

GUNUNG Everest melaporkan kes Covid-19 pertama selepas seorang peserta ekspedisi disahkan positif jangkitan itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Puncak tertinggi di dunia, Gunung Everest merekodkan kes Covid-19 yang pertama selepas seorang peserta ekspedisi disahkan positif jangkitan virus tersebut.  

Lapor Daily Mail, individu itu sudah dibawa ke sebuah hospital di Kathmandu, Nepal menerusi helikopter pada minggu lalu untuk mendapatkan rawatan.

Peserta ekspedisi yang lain pula terpaksa dikuarantin di Base Camp. 

Kejadian itu berlaku ketika pendaki dibenarkan semula untuk mendaki Everest pada bulan ini untuk pertama kali sejak pandemik Covid-19 melanda dunia.

Bagaimanapun, individu yang ingin mendaki gunung tersebut perlu mematuhi protokol kesihatan Covid-19 yang ketat.    

Seorang sumber memberitahu Outside bahawa seorang pendaki yang berada di gunung tersebut diuji positif Covid-19.

Dilaporkan, pada mulanya, pendaki itu disangka mengalami edema pulmonari altitud tinggi.  

Namun setiba di hospital Kathmandu, dia didapati positif Covid-19.

Setakat ini, tiada kes lain dikesan dan peserta ekspedisi akan meneruskan pendakian selepas tempoh kuarantin tamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya