EU saman AstraZeneca - Utusan Malaysia

EU saman AstraZeneca

Gambar hiasan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat gergasi farmaseutikal, AstraZeneca berhubung kekurangan bekalan penghantaran vaksin Covid-19.

Jurucakap EU, Stefan De Keersmaecker berkata, kelewatan itu melambatkan program suntikan vaksin di seluruh negara blok berkenaan.

“EU sudah memfailkan tindakan undang-undang itu terhadap syarikat AstraZeneca berdasarkan pelanggaran perjanjian pembelian pendahuluan.

“Beberapa terma dalam kontrak tidak dihormati dan syarikat tidak mengemukakan strategi yang diharapkan bagi memastikan penghantaran dos vaksin mengikut masa ditetapkan,” katanya.

Pertikaian itu timbul berikutan AstraZeneca berjanji akan menghantar 50 juta dos vaksin ke Eropah hujung bulan ini, yang jauh lebih rendah daripada amaun yang diharapkan.

EU memaklumkan syarikat itu hanya membekalkan 31 juta daripada 120 juta dos vaksin yang ditempah bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

De Keersmaecker berkata, tindakan itu dilakukan oleh eksekutif EU mewakili 27 ahli dari setiap negara anggota yang berpihak kepada prosedur undang-undang itu.

“Apa yang penting adalah kita mahu memastikan penghantaran segera dengan bilangan dos mencukupi untuk rakyat Eropah yang berhak serta seperti dijanjikan dalam kontrak,” ujarnya.

Menurut pegawai itu, prosiding yang dipercepatkan itu akan bermula Rabu nanti di mahkamah Brussels kerana Belgium adalah bidang kuasa yang dipersetujui di bawah kontrak tersebut.

Sementara itu, AstraZeneca menolak tindakan undang-undang itu kerana mendakwa tiada merit dan menegaskan pihaknya ingin menyelesaikan perselisihan itu secepat mungkin.

“AstraZeneca mematuhi sepenuhnya perjanjian pembelian pendahuluan dengan Suruhanjaya Eropah dan akan mempertahankan diri di mahkamah,” katanya dalam kenyataan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya