Enggan buat spekulasi keadaan anak kapal - Utusan Malaysia

Enggan buat spekulasi keadaan anak kapal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Angkatan Laut Indonesia (AL) enggan membuat spekulasi mengenai keadaan kesemua 53 anak kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang dan tenggelam di perairan utara Bali.

Lapor Kompas.com, Ketua Staf AL, Laksamana Yudo Margono berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan bagaimana keadaan sebenar semua anak kapal selam berkenaan.

Katanya, biarpun bekalan oksigen sudah habis, namun sebarang kemungkinan masih boleh berlaku.

“Kita tidak boleh mengenal pasti keadaan mangsa kerana belum menemukan mereka.

“Pasukan penyelamat juga tidak dapat memastikan berapa peratus peluang yang ada untuk menemukan kesemua anak kapal dalam keadaan selamat,” katanya.

Namun, Yudo tidak menolak kemungkinan peluang untuk menemukan anak kapal yang terselamat adalah tipis berdasarkan serpihan yang ditemukan.

Katanya, masyarakat boleh menilai sendiri bagaimana keadaan kapal selam berkenaan menerusi serpihan yang ditemukan.

“Anda boleh nilaikan sendiri bagaimana keadaan KRI Nanggala-402 kerana semua serpihan yang ditemukan itu memang disediakan khas untuk kegunaan anak kapal, bukan milik umum,” ujarnya.

Terdahulu, Tentera Nasional Indonesia mengesahkan kapal selam tersebut tenggelam berdasarkan penemuan beberapa serpihan dan kesan tumpahan minyak milik KRI Nanggala-402.

Operasi pencarian berlangsung sejak Rabu lalu ketika kapal selam itu dilaporkan terputus hubungan dan insiden yang berlaku turut mendapat bantuan antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya