JAKARTA: Enam pengganas yang melancarkan serangan di Pusat Komando Briged Bergerak (Brimob Mako) di Kelapa Dua, Depok, Jawa Barat pada 2018 dijatuhkan hukuman mati.
Lapor Kompas.com, hukuman itu diputuskan oleh panel hakim di Mahkamah Negeri Jakarta Timur.
Pegawai Perhubungan Awam mahkamah itu berkata, enam defendan yang terlibat dalam jenayah itu menerima keputusan tersebut dan tidak mengemukakan rayuan.
Enam tertuduh itu ialah Anang Rachman, Suparman, Syawaludin Pakpahan, Suyanto, Handoko dan Wawan Kurniawan.
Dalam kejadian tiga tahun lalu, seramai 155 banduan pengganas menjadikan anggota polis sebagai tebusan selama 39 jam sehingga menyebabkan lima polis maut.