Dua pangkalan tentera udara Myanmar diserang roket - Utusan Malaysia

Dua pangkalan tentera udara Myanmar diserang roket

TENTERA Myanmar menjalani latihan berhampiran Magway pada awal tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Sekumpulan penyerang yang tidak dikenali melancarkan beberapa serangan roket terhadap dua pangkalan tentera udara Myanmar hari ini.

Namun, insiden itu tidak menyebabkan sebarang kematian mahupun kecederaan.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut.

Dalam serangan pertama, empat roket dilancarkan di pangkalan tentera udara berhampiran pekan Magway pada awal pagil.

Tiga daripada roket yang dilancarkan mengenai kawasan ladang, manakala satu lagi terjatuh atas jalan.

Satu daripada bangunan di pangkalan tersebut rosak, namun tiada korban jiwa.

Kemudian, lima lagi serangan roket dilancarkan di satu daripada pangkalan tentera udara utama di Meiktila, namun tiada sebarang kerosakan dan kecederaan dilaporkan.

Menurut sumber ketenteraan, pihaknya akan memburu mana-mana pihak yang melancarkan kesemua serangan tersebut. – REUTERS

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya