Doktor menari dengan `lemak manusia' di TikTok - Utusan Malaysia

Doktor menari dengan `lemak manusia’ di TikTok

CAREN TRISOGLIO GARCIA menari sambil memegang kulit dan lemak pesakitnya. - TIKTOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANERIO: Seorang pakar bedah plastik digantung kerja sementara selepas bertindak memuat naik video memaparkannya sedang menari sambil memegang kulit dan lemak pesakitnya.

Lapor Daily Star, video yang dimuat naik di laman TikTok itu menjadi tular sehingga menerima kritikan hebat orang ramai yang menganggap tindakan doktor itu tidak beretika.

Caren Trisoglio Garcia yang bekerja di  Minha Surgery di Sao Paulo, Brazil memuat naik beberapa video di TikTok memaparkan bahan berkenaan yang disifatkannya sebagai pencapaian terbaiknya.

Dalam sebuah video, Garcia dilihat menari mengikut rentak muzik sambil memegang sebahagian besar kulit manusia yang dikeluarkannya daripada seorang pesakit ketika pembedahan plastik. 

Video berlainan pula menunjukkan pakar bedah itu memegang sebuah beg plastik yang mengandungi lemak manusia dengan kapsyen tertera `ia merupakan bahagian payudara’.

Garcia kemudian menunjukkan sebuah lagi beg plastik yang dipenuhi cecair dan mendakwa lemak itu dikeluarkan daripada bahagian ketiak.

Lembaga Perubatan Negeri Sao Paulo yang dikenali sebagai Cremes menggantung lesen perubatan Garcia susulan video tersebut yang dimuat naik dalam media sosial.

Dilaporkan, lembaga perubatan itu kini dalam proses menyiasat tindakannya selepas mengumumkan notis tersebut pada 8 April lalu. 

Sekiranya didapati bersalah maka lesen perubatan Gracia boleh dibatalkan.

Media tempatan melaporkan bahawa Pembedahan Plastik Brazil (SBCP) sebelum ini pernah menggantung keahlian Gracia selama enam bulan setelah mendapati videonya tidak beretika. 

SBCP mendapati Gracia melanggar lima peraturan dalaman antaranya berkongsi gambar bahagian badan pesakitnya meskipun ia dilakukan dengan kebenaran mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya