BEIJING: Dua bekas pegawai kerajaan Uighur di Xinjiang dijatuhkan hukuman mati yang ditangguhkan selama dua tahun kerana bertanggungjawab melakukan aktiviti pemisahan. Mahkamah menjatuhkan hukuman itu terhadap bekas Ketua Jabatan Keadilan Xinjiang, Shirzat Bawudun atas tuduhan memecah belahkan negara. Dalam sidang akhbar, Naib Presiden Mahkamah Xinjiang, Wang Langtao berkata, Shirzat menghadapi pertuduhan berkonspirasi dengan organisasi pengganas, mengambil rasuah dan menjalankan aktiviti pemisahan. Shirzat didapati bersalah bersekongkol dengan Gerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) yang disenaraikan sebagai kumpulan pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas melakukan pertemuan dengan pemimpin utama kumpulan itu pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya