Digelar gorila kerana miliki kening bercantum - Utusan Malaysia

Digelar gorila kerana miliki kening bercantum

CYDNI AKBAR dakwa dibuli kerana memiliki kening bercantum. - KENNEDY NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita mendedahkan pernah berdepan situasi dibuli sehingga digelar gorila hanya kerana memiliki kening lebat yang bercantum di tengah.

Lapor Daily Mail, Cydni Akbar dari Reading, Berkshire mendakwa ketika zaman persekolahan, dia sering dipersendakan oleh rakan sekelasnya kerana keningnya tidak kelihatan seperti individu lain.  

Katanya, situasi itu menyebabkannya berasa kurang yakin sehingga pada suatu ketika dia tidak lagi menyayangi diri sendiri. 

Malah, Akbar mengakui dia juga kerap mencukur bulu kening pada ketika itu agar dapat mengelak daripada dibuli.  

Namun selepas 10 tahun, Akbar menyedari dia perlu menerima keadaan diri seadanya lalu berhenti mencukur keningnya.  

Pelajar jurusan seni berusia 21 tahun memberitahu dia kini berasa amat bahagia dan sangat yakin terhadap diri sendirinya. 

“Saya mula menyayangi diri sendiri dan kini berasa yakin sepenuhnya, saya juga tidak perlu berubah untuk sesiapa pun,” katanya. 

Akbar juga membuka akaun TikTok yang mendedikasikan nilai-nilai `body positivity’ sepenuhnya, yang kini sudah mempunyai lebih 53,000 pengikut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya