Didenda setengah juta jual vape eletronik - Utusan Malaysia

Didenda setengah juta jual vape eletronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seramai lapan individu didenda S$172,500 (RM530,916) selepas didapati bersalah menjual vape eletronik dan komponen berkaitan secara dalam talian.

Lapor Channel News Asia, kesalahan itu didakwa dilakukan kesemua tertuduh antara November dan Februari lalu menerusi rampasan kesemua peralatan itu yang bernilai lebih S$50,000 (RM153,896) oleh Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA).

Mengikut fakta kes, lapan tertuduh berusia antara 26 hingga 41 tahun didakwa membeli rokok eletronik itu daripada pembekal luar negara sebelum menjualnya secara haram di pelbagai saluran media sosial dan platform e-dagang.

Seorang tertuduh, Akmal Syafiq Marzuki, 33, yang merupakan pesalah berulang dijatuhkan hukuman penjara selama seminggu dengan tambahan denda sebanyak S$61,000 (RM187,744).

Kesalahan berulang itu melibatkan jenayah berkaitan import, pengiklanan dan menjual peralatan berkaitan vape tersebut.

Tertuduh didapati mengimport bekalan dari luar negara dan memuat naik gambar secara dalam talian.

“Dia menggunakan empat akaun dalam dua platform dalam talian iaitu Instagram dan Carousell bagi mengiklankan serta mengatur jualan vape eletronik, komponen alat itu, cecair eletronik dengan nikotin,” kata HSA.

Manakala, tertuduh kesembilan, Chia Wen Zhe, 25, didenda sebanyak S$500 (RM1,538) kerana memproses rokok eletronik itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya