WASHINGTON: Seorang wanita terkejut selepas mengetahui dia buru polis kerana didakwa gagal memulangkan sebuah pita VHS yang disewa pada 1999.
Caron McBride bagaimanapun mendakwa tidak pernah menyewa pita VHS siri komedi, Sabrina the Teenage Witch.
Lapor Mirror, McBride didakwa menyewa pita tersebut dari sebuah kedai video di bandar Norman, Cleveland County yang kini tidak beroperasi lagi.
Stesen televisyen, FOX 25 melaporkan pegawai masih boleh mendakwanya kerana waran dan tuduhan difailkan pada 2000 selepas pita VHS itu melebihi tempoh yang disewakan.
Namun, Pejabat Peguam Daerah Cleveland County dikatakan tidak akan meneruskan pendakwaan dalam kes tersebut.
Menurut McBride, dia mendapat tahu mengenai tuduhan itu selepas terpaksa menukar namanya pada lesen memandu setelah berkahwin.
Katanya, dia tidak pernah menonton siri komedi tersebut dan percaya pita VHS itu mungkin disewa oleh rakan sebiliknya pada ketika itu.
Lapor FOX 25, McBride didakwa atas tuduhan salah guna harta sewa bagi pita VHS berkenaan. – AGENSI