Derma beli kapal selam baharu terus bertambah - Utusan Malaysia

Derma beli kapal selam baharu terus bertambah

Kempen derma yang dianjurkan oleh kumpulan pengurus Masjid Jogokaryan di Yongyakarta sehingga kini sudah memperoleh sumbangan sebanyak 800 juta rupaih (RM227,182). - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Usaha rakyat Indonesia untuk membantu kerajaan membeli sebuah kapal selam baharu bagi menggantikan KRI Nanggala-402 yang tenggelam baru-baru ini terus mendapat sambutan.

Kempen derma yang dianjurkan oleh kumpulan pengurus Masjid Jogokaryan di Yongyakarta sehingga kini sudah memperoleh sumbangan sebanyak 800 juta rupiah (RM227,182).

Ketua Dewan Syura Masjid Jogokaryan, Muhammad Jazir berkata, kesemua wang tersebut diperoleh daripada pelbagai di beberapa daerah termasuk pekerja domestik Indonesia di Hong Kong.

“Niat rakyat untuk bantu kerajaan membeli kapal selam baharu mendapat sambutan menggalakkan kerana kami tidak mahu tragedi yang menimpa Nanggala-402 berulang lagi.

“Cukuplah dengan kehilangan yang kami rasakan. Sudah tiba masanya kerajaan meneliti semula semua aset ketenteraan yang dalam keadaan uzur,” katanya kepada Tribunnews.

Selain itu, Muhammad memberitahu, pengusaha emas di Tapanuli Utara turut menyumbang sebanyak satu peratus daripada emas yang dijual mereka.

Sementara itu, usaha mereka turut dihargai oleh Komandan Armada Laut di Surabaya, Laksamana Zaenal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya