JAKARTA: Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia (KNKT) mendedahkan perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di Kepulauan Seribu pada 9 Januari lalu ditemukan petang kelmarin menerusi kaedah penyedutan lumpur. Ketua KNKT, Soerjanto Tjahjono berkata, pasukan keselamatan menggunakan kaedah tersebut menggunakan kapal korek. “Lokasi yang disasarkan dipenuhi dengan lumpur, maka kami gunakan kapal korek yang mempunyai kelengkapan menyedut lumpur untuk mengesan CVR Sriwijaya. “Selepas dua bulan dan pelbagai usaha dilakukan, akhirnya CVR Sriwijaya ditemukan,” katanya kepada Kompas.com. Soerjanto menyatakan penemuan itu membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti punca nahas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya