Curi duit pelanggan main judi - Utusan Malaysia

Curi duit pelanggan main judi

SUSPEK diberkas pihak polis di Bandung. -KOMPAS.COM 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA: Seorang pekerja bank tergamak mencuri duit pelanggan sendiri untuk bermain judi dalam talian di Cileungsi, Bogor. 

Lapor Kompas.com, Unit Penyiasatan Jenayah Polis Bogor, Jawa Barat berkata, suspek turut menggunakan duit tersebut untuk membeli saham forex serta kegunaan peribadi lain. 

Ketua Polis Bogor, Harun berkata, pihaknya menerima laporan berhubung wang simpanan pelanggan di bank yang berkurangan secara drastik daripada satu bilion rupiah (RM283,000) ke satu juta rupiah (RM283). 

Jelasnya, pihaknya berjaya mengesan suspek dikenali sebagai AM, 34, yang bekerja sebagai pembantu pengurus di bank tersebut. 

“Hasil siasatan, suspek mengaku menggelapkan wang pelanggan sehingga dua bilion (RM566,000). Malah, suspek melakukan jenayah itu sejak 2018 terhadap mangsa sama di tempat dan masa yang berbeza.

“Apabila kejadian berlaku buat kali kedua, modus operandinya masih sama dengan menawarkan program palsu mengenai wang simpanan bernilai satu bilion rupiah dengan hadiah wang tunai 10 juta rupiah (RM2,830),” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya