Cuba 211 petak kenderaan selama enam tahun - Utusan Malaysia

Cuba 211 petak kenderaan selama enam tahun

GARETH Wild menggunakan kod diagram berwarna bagi menandakan petak kenderaan yang sudah dicubanya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki mempunyai cara tersendiri untuk mencari tempat letak kenderaan terbaik untuk kegunaannya.

Lapor Mirror, Gareth Wild menghabiskan masa kira-kira enam tahun untuk mencuba kesemua petak meletak kenderaan di sebuah pasar raya dan menandakannya menggunakan kod diagram berwarna.

GARETH WILD

“Semuanya bermula enam tahun lalu apabila saya bercadang untuk letak kenderaan di semua 211 petak yang disediakan di pasar raya Sainsbury.

“Saya akan keluar membeli barangan keperluan setiap hujung minggu dan menghabiskan masa selama enam tahun untuk mencuba semua petak meletak kenderaan di pasar raya tersebut,” katanya.

Lelaki itu turut berkongsi projeknya di Twitter dan mendapat sambutan yang menggalakkan, malah pengikutnya turut mengikuti sebarang perkembangan berhubung tempat letak kenderaan tersebut.

Sepanjang tempoh tersebut, Wild memaklumkan terdapat 11 petak kenderaan yang bagus, manakala 29 lagi perlu dielakkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya