Covid-19: Thailand laksanakan sekatan baharu - Utusan Malaysia

Covid-19: Thailand laksanakan sekatan baharu

PENDUDUK memakai pelitup muka di tempat awam selepas kerajaan melaksanakan sekatan baharu di Thailand dalam usaha mengekang pandemik Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand melaksanakan sekatan baharu hari ini dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat di negara itu.

Langkah itu berikutan Thailand mencatatkan angka kematian harian tertinggi akibat Covid-19 pada hujung minggu.

Bangkok dan 46 wilayah lain mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dan penduduk yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan denda sebanyak 20,000 baht (RM2,609) akan dikenakan.

Pihak berkuasa juga telah menutup sebahagian besar tempat awam termasuk panggung wayang, taman, gim, kolam renang, spa dan pusat jagaan kanak-kanak.

Sekatan baharu itu dilaksanakan seminggu selepas pihak berkuasa mengarahkan penutupan bar dan kelab malam selain melarang restoran menjual minuman keras.

Langkah itu dikuatkuasakan di tengah lonjakan kes Covid-19 yang menyaksikan jumlah jangkitan mencecah 57,500 kes pada Isnin berbanding 29,000 kes dicatatkan pada awal April.

Sebanyak 2,048 kes baharu dilaporkan di Thailand pada Isnin manakala semalam merekodkan angka kematian harian tertinggi dengan 11 kematian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya