Covid-19: Kes naik kali keempat dalam tempoh seminggu di Thailand - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes naik kali keempat dalam tempoh seminggu di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand merekodkan kes jangkitan virus Covid-19 sebanyak 1,543 kes pada Khamis sekali gus menunjukkan peningkatan paling teruk sejak pandemik berlaku.

Perkembangan itu juga mencatatkan peningkatan kali keempat dalam minggu ini semasa gelombang ketiga jangkitan melanda di rantau Asia Tenggara.

Walaupun Thailand berjaya mengawal bilangan jangkitan wabak berbanding negara lain, namun, kes baharu yang muncul itu disebabkan ramai penduduk melakukan perjalanan merentas negeri semasa cuti tahun baharu serta kadar vaksinasi masih rendah.

Ketika ditanya sama ada perintah berkurung perlu dilaksanakan, Pegawai Kesihatan, Chawetsan Namwat berkata, sebarang langkah akan dilaksanakan berdasarkan bilangan kes di setiap kawasan dan dicadangkan oleh petugas khas Covid-19 untuk kelulusan Jumaat ini.

“Kami perlu memecahkan kawasan berdasarkan tahap keseriusan yang berbeza serta perlu mengikut kesesuaian bagi setiap kawasan itu,” katanya.

Dalam masa sama, pihak berkuasa Thailand sudah menggesa orang ramai mengehadkan perjalanan dan bekerja dari rumah.

Pusat beli belah akan ditutup seawal pukul 9 malam, sementara, persatuan perbankan memaklumkan cawangan bank di luar kawasan pusat beli belah akan ditutup pada pukul 3.30 petang dengan bilangan pelanggan dihadkan.

Perintah berkurung secara besar-besaran kali terakhir dilakukan pada Mac tahun lalu. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya