Covid-19: India berdepan kekurangan bekalan vaksin - Utusan Malaysia

Covid-19: India berdepan kekurangan bekalan vaksin

PENDUDUK menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat vaksinasi di Mumbai. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pengeluar vaksin terbesar di dunia, negara India dilaporkan ketika ini berdepan kesukaran untuk menyediakan bekalan vaksin Covid-19 yang mencukupi bagi keperluan domestik.

Situasi berlaku ketika negara republik itu dilanda gelombang kedua pandemik Covid-19 apabila sebanyak 217,353 kes jangkitan baharu dicatatkan pada Jumaat lalu yang dilihat sebagai jumlah kes harian tertinggi setakat ini.

Lapor CNN, berdasarkan data kementerian kesihatan India, sebanyak sejuta kes baharu direkodkan dalam tempoh kurang daripada seminggu, sekali gus melepasi jumlah keseluruhan 14 juta kes dicatatkan Khamis lalu.       

Jelas laporan itu, beberapa negeri dan bandar ketika ini sedang melaksanakan sekatan baharu termasuk perintah berkurung pada hujung minggu dan malam di Delhi yang menempatkan kira-kira 19 juta penduduk.

Pekerja asing juga meninggalkan bandar utama secara beramai-ramai untuk ke kampung mereka.

Menurut laporan itu, bekalan vaksin Covid-19 tidak mencukupi sehingga sekurang-kurangnya lima negeri mengalami kekurangan drastik dan menggesa kerajaan Persekutuan bertindak segera. 

Dalam menghadapi krisis ini, jelas laporan itu, kerajaan India dan Institut Serum India (SII) mengalihkan fokus dengan menangguhkan penghantaran bekalan vaksin untuk program COVAX bagi memberi keutamaan kepada keperluan vaksin di negara mereka sendiri.   

Pada bulan lalu, COVAX memaklumkan penghantaran bekalan vaksin dari SII akan ditangguhkan pada Mac dan April susulan terdapat peningkatan dalam permintaan untuk vaksin Covid-19 di India.

Tambahnya, India sudah menghantar sebanyak 28 juta dos vaksin AstraZeneca setakat ini dan dijadualkan untuk mengagihkan 40 juta lagi dos pada Mac dan 50 juta dos pada April. 

Laporan tersebut menjelaskan, ini bukan kali pertama India menangguhkan penghantaran vaksin untuk program COVAX.

Ketua Pegawai Eksekutif SII, Adar Poonawalla berkata, pada Januari lalu, kerajaan India mengehadkan eksport vaksin AstraZeneca dihasilkan SII kerana mahu mengutamakan golongan paling memerlukan.  

Tindakan itu mempengaruhi bekalan bagi negara miskin. – AGENSI

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya