Covid-19 di Thailand makin parah - Utusan Malaysia

Covid-19 di Thailand makin parah

SEJUMLAH katil yang disediakan untuk pesakit Covid-19 di pusat kuarantin di sebuah stadium di Bangkok, Thailand. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand semalam merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 tertinggi buat dua hari berturut-turut ketika pihak berkuasa negara ini bertungkus-lumus meredakan gelombang ketiga wabak tersebut.

Lapor Reuters, pihak berkuasa Thailand merekodkan sebanyak 2,438 kes jangkitan baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan adalah 55,460 dan kematian sebanyak 140 orang sejak pandemik bermula tahun lalu.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha menerusi Facebook semalam memaklumkan gabenor wilayah boleh menutup semua tempat awam dan melaksanakan perintah berkurung jika perlu.

Pihak berkuasa di Bangkok mengarahkan semua tempat awam termasuk taman rekreasi, gim, panggung wayang dan pusat jagaan harian ditutup bermula hari ini hingga 9 Mei.

Pusat beli-belah di 17 daripada 73 wilayah di negara ini juga dihadkan waktu operasi.

Tahun lalu, penularan wabak Covid-19 di Thailand terkawal berbanding negara lain, namun varian baharu koronavirus menyebabkan kes jangkitan semakin tidak terkawal iaitu merekodkan lebih 24,000 kes dengan 46 kematian dalam tempoh 25 hari.

Keadaan itu menyebabkan jumlah katil di kebanyakan hospital mula menjadi terhad susulan kemasukan pesakit yang meningkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya