Covid-19: Brazil cadang wanita tangguh kehamilan - Utusan Malaysia

Covid-19: Brazil cadang wanita tangguh kehamilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Kerajaan Brazil mencadangkan golongan wanita di negara ini menangguhkan hasrat untuk mengandung sehingga pandemik Covid-19 reda.

Cadangan itu dikemukakan ketika Brazil terus menjadi pusat pandemik, menyaksikan lebih ramai penduduk negara ini maut akibat koronavirus setiap hari berbanding negara lain di seluruh dunia.

Menteri Kesihatan Brazil, Rapahel Parente berkata, varian baharu Covid-19 di negara ini disifatkan lebih berbahaya kepada wanita hamil berbanding varian asal koronavirus.

“Jika boleh, tangguhkan dahulu niat untuk mengandung kerana varian baharu Covid-19 lebih berbahaya kepada wanita hamil dan bayi di dalam kandungan.

“Varian P.1. Yang menular di seluruh negara ketika ini boleh bertindak agresif terhadap wanita hamil, sekali gus berisiko menjejaskan kandungan, “ katanya.

Sebelum ini, kes Covid-19 tertumpu kepada fasa terakhir kehamilan, namun terdapat beberapa kes serius membabitkan fasa pertama dan kedua kehamilan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya