Covid-19: Angka kematian global lepasi tiga juta - Utusan Malaysia

Covid-19: Angka kematian global lepasi tiga juta

PETUGAS kesihatan mengeluarkan mayat pesakit Covid-19 dari sebuah ambulans di Banglore, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERANCIS: Jumlah kematian akibat Covid-19 kini melepasi tiga juta mangsa di peringkat global.

Angka itu dilaporkan ketika dunia berlumba-lumba melaksanakan program vaksinasi Covid-19 secara berterusan.

Malah, beberapa negara seperti India ketika ini bergelut menangani peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan giat melaksanakan perintah berkurung.

Virus yang muncul di bandar Wuhan, China pada akhir 2019 telah menjangkiti lebih 100 juta orang dan menjejaskan ekonomi global.

Berdasarkan perhitungan AFP, lebih 12,000 kes kematian dicatatkan di global setiap hari dalam tempoh minggu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah tiga juta mangsa.

Sebagai perbandingan, tiga juta kes dilaporkan itu adalah tiga kali ganda jumlah kematian akibat perang Iran-Iraq yang meletus dari 1980 hingga 1988.

Menurut perkiraan AFP, 829,596 kes jangkitan baharu yang dilaporkan di seluruh dunia semalam merupakan jumlah tertinggi setakat ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya