China: 21 pekerja terperangkap di lombong arang batu - Utusan Malaysia

China: 21 pekerja terperangkap di lombong arang batu

ANGGOTA penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat di lokasi letupan lombong emas di Bandar Qixia, di timur wilayah Shandong pada Januari lalu - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pasukan penyelamat berusaha menyelamatkan 21 pekerja yang terperangkap di sebuah lombong arang batu di wilayah Xinjiang, barat laut China selepas banjir memutuskan bekalan elektrik di bawah tanah dan menganggu komunikasi.

Lapor agensi berita Xinhua, kemalangan berlaku di lombong arang batu Fengyuan di kawasan Hutubi pada petang Sabtu apabila pekerja melakukan kerja-kerja menaik taraf di lokasi tersebut.

Berdasarkan laporan awal, sebanyak lapan daripada 29 pekerja yang berada di lokasi kejadian berjaya diselamatkan dari lombong berkenaan.

Pasukan penyelamat berjaya mengenal pasti lokasi pelombong dengan 12 orang berada di platform pertama, lapan individu di platform kedua dan pekerja terakhir di laluan kecemasan yang mana air memasuki, lapor stesen CCTV.

“Platform pertama sekitar 1,200 meter dari permukaan darat dan kawasan bawah tanah itu agak kompleks sehingga menyukarkan operasi menyelamat,” jelas CCTV.

Pasukan penyelamat sedang berusaha mengepam keluar air banjir dan menyalurkan udara ke dalam lombong.

Kemalangan di lombong sering berlaku di China yang mana industri tersebut dilaporkan mempunyai rekod keselamatan buruk dan peraturan yang sangat lemah.

Januari lalu, seramai 22 pelombong terperangkap di sebuah lombong emas di wilayah Shandong, timur China selepas satu letupan merosakkan pintu masuk sehingga menyebabkan pekerja terperangkap di bawah tanah selama hampir dua minggu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya