Cacing hidup dalam pen  - Utusan Malaysia

Cacing hidup dalam pen 

PEN yang direka khas mempunyai cacing hidup menjadi tular dalam media sosial di Jepun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sebatang pen yang direka khas mempunyai cacing hidup menjadi tular dalam media sosial di Jepun.

Lapor Oddity Central, cenderamata dari Jepun itu dikatakan mengandungi parasit nematoda iaitu sejenis cacing daripada Genus Anisakis.  

Jelas laporan itu, beberapa gambar pen unik itu turut tular dalam laman media sosial negara itu sehingga menerima pelbagai reaksi.  

Berdasarkan beberapa pengguna di laman Twitter, seorang usahawan dari Wilayah Kochi mencetuskan idea untuk menghasilkan pen yang unik itu.

“Pen yang mengandungi nematoda boleh dianggap sebagai cenderamata yang menarik untuk dijual,” jelas laporan itu. 

Menurut seorang pembeli, pen yang mengandungi nematoda dijual pada harga 950 yen (RM35).

Jelasnya, parasit di dalam pen itu kekal aktif selama empat hingga lima hari dan kemudian tahapnya menurun dan akhirnya mati.   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya