Bumbung bas tercabut akibat langgar jambatan kereta api - Utusan Malaysia

Bumbung bas tercabut akibat langgar jambatan kereta api

BUMBUNG bas tercabut selepas kenderaan itu melanggar sebuah jambatan kereta api di Rocky Lane, Sussex. - FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bumbung sebuah bas bertingkat dilaporkan tercabut selepas kenderaan itu merempuh jambatan kereta api di Sussex.

Lapor Daily Mail, seorang penumpang wanita mengalami kecederaan di kepalanya manakala pemandu bas cedera ringan dalam kejadian yang berlaku di Haywards Heath. 

Polis dan ahli paramedik bergegas ke lokasi kemalangan selepas pemandu bas `salah jangka’ ketika memandu lalu merempuh jambatan kereta api kira-kira 6.40 pagi (waktu tempatan). 

Beberapa gambar menunjukkan bumbung bas bertingkat itu tercabut dengan kaca tingkap dan serpihan daripada kenderaan bertaburan di sekitar jalan raya.

Polis Sussex mengesahkan pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian untuk memberi rawatan kepada pemandu dan membawa penumpang wanita itu ke Hospital Royal Sussex County.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Syarikat Bas Brighton & Hove memberitahu bahawa sebanyak lima penumpang berada di dalam bas ketika kemalangan itu berlaku.

“Kami sedang menyiasat insiden kemalangan bas di Rocky Lane, Haywards Heath. 

“Kami mendapati lima penumpang berada dalam bas ketika insiden itu dan seorang mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya